Posts

Showing posts from 2009

Bingkisan hati Khalifah islam peribadi Mulia

Image
Khalifah Lirik Lagu Nasyid Far East Abu Bakar As-Siddiq Umar bin Al-Khattab Usman Bin Affan Ali Bin Abi Talib Khalifah-khalifah dunia Islam Khalifah pertama Abu Bakar As-Siddiq Membenar kata nabi sahabat setia Antara insan pertama memeluk Islam Disegani pekerti mulia Abu Bakar As-Siddiq Umar bin Al-Khattab Usman Bin Affan Ali Bin Abi Talib Khalifah-khalifah dunia Islam Khalifah kedua Umar Bin Al-Khattab Khalifah berani berjiwa mulia Diberi gelaran Amirul Mukminin Panglima agung orang mukmin Khalifah ketiga Usman Bin Affan Perjanjian Hudaibiyah tanda pengorbanan Berani dan berbudi taat dan setia Insan dermawan untuk agama Khalifah keempat Ali Bin Abi Talib Sepupu Rasulullah suami Fatimah Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam Berilmu tinggi gagah dan berani

KATA-KATA HIKMAH PENINGGALAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
1. Bagaimana anda dapat gembira dalam hidup yang usianya semakin pendek dengan berlalunya masa setiap detik. 2. Barangsiapa yang berumur panjang akan meratapi kawan-kawannya. 3. Tidak ada kegembiraan di dunia ini yang tidak diikuti dengan tangisan. 4. Setiap nafas manusia yang berdetik itu adalah yang membawanya setapak lebih dekat kepada kematian. 5. Manusia adalah laksana pokok, sekalipun sekaliannya itu disirami dengan air yang sama namun buahnya adalah berbeza. 6. Manusia yang paling buruk sekali ialah seorang yang menyangka dirinya paling baik. 7. Buku adalah taman para ulama. 8. Seseorang itu belajar dengan bertanya. 9. Jadikan diri anda seorang murid kepada setiap ulama yang ada temui. 10. Pendidikan yang terbaik ialah sesuatu yang dapat memperbaiki diri anda. 11. Seseorang itu dianggap mulia jika ia selalu menziarahi orang-orang yang berilmu. 12. Kejahilan adalah musuh anda yang palin

KECINTAAN RASULULLAH TERHADAP ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Rasulullah s.a.w sangat sayang kepada Ali bin Abi Talib r.a kerana pertama kalinya beliau adalah kanak-kanak yang pertama sekali memeluk Islam. Sebahagian sahabat mengatakan Saidina Ali r.a adalah orang lelaki pertama yang memeluk islam setelah isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah. Apatah lagi Ali bin Abi Talib r.a telah dibesarkan dan dididik oleh Rasulullah sendiri sejak kecil. Selepas Ali bin Abi Talib r.a memeluk Islam,Rasulullah s.a.w bertambah sayang kepada beliau disebabkan keimanan yang bulat kepada Allah s.w.t serta keberanian dan keikhlasannya untuk membela agama Allah dan Rasulnya. Bagi menunjukkan contoh yang terang bagaimana tingginya kasih sayang rasulullah terhadap Ali bin Abi Talib r.a ialah Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan puterinya yang paling disayangi iaitu Fatimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Talib. Dengan perkahwinan itu, kedudukan Abi bin Abi Talib r.a semakin mulia disisi sahabat dan kaum muslimin umumnya.

SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang tokoh Islam yang agung. Beliau memiliki akhlak yang teramat indah, selain daripada memiliki pelbagai jenis kemahiran dan kebijaksanaan. Beliau adalah seorang manusia yang mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang luarbiasa. Beliau terkenal sebagai seorang cendikiawan, seorang jurudakwah yang berkaliber, seorang hakim yang adil, dan seorang pahlawan yang sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Selain itu Beliau juga terkenal sebagai seorang Ahli Ilmu ( sarjana ), terutama dalam dalam bidang Fiqh ( Undang-undang ) Islam, Tafsir Al-Qur’an dan Ilmu Nahu.(*95) Ali bin Abi Talib r.a juga merupakan salah seorang daripada pahlwan-pahlawan Islam yang gagah dan berani dalam membela Agama Allah dan Rasulnya. Antara peperangan yang pernah disertai oleh beliau ialah perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak, Siffin dan Jamal. Di samping itu, Saidina Ali terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat . Ini merupakan kepandaian semulajadi bagi Sai

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ALI BIN TALIB R.A

Image
PENDIDIKAN Ali bin Abi Talib r.a dilahirkan tiga tahun sebelum Nabi Muhammad mengahwini Khadijah. Oleh kerana semua anak lelaki Nabi Muhammad s.a.w wafat, Fatimah binti Asad selaku ibu kepada Ali bin Abi Talib ingin meredakan kesedihan Rasululla s.aw telah menyerahkan beliau kepada baginda. Jesteru itu, selepas Nabi Muhammad mengahwini Khadijah, Ali bin Talib dianggap sebagai anak oleh Khadijah. Jadi, beliau telah diasuh, dibesarkan, dan dididik oleh baginda sendiri. Ali bin Abi Talib juga diambil oleh Rasulullah s.a.w daripada kedua-dua ibu bapanya bertujuan untuk meringankan beban Abu Talib bin Abd Al-Muttalib yang pada masa itu sedang menderita kesusahan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku mengambil orang yang Allah pilihkan untukku ke atas kamu semua iaitu Ali”. Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w umpama bintang petunjuk dan aku selalu mengikuti tingkah laku dan perbuatannya. Beliau terpaut kepada baginda umpama anak unta yang terpaut

KEPERIBADIAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Ali bin Abi Talib r.a adalah seorang khalifah yang sangat amanah dan adil. Beliau tidak memberikan layanan yang lebih terhadap anak-anaknya biarpun beliau menjadi ketua Negara. Beliau hidup sebagai rakyat biasa dalam keadaan susah dan miskin berbanding rakyatnya sendiri.Sebagai seorang khalifah, beliau sangat mengambil berat terhadap harta rakyat. Beliau mempunyai sifat sabar yang besar dalam dirinya. Dalam suatu kisah,tentang kehilangan baju perangnya yang diambil oleh seorang pemuda Nasrani. Dengan kesabarannya yang tinggi sehingga menyebabkan orang Nasrani itu memeluk Islam. Selain itu, Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam . Agama Islam juga melarang perbuatan suka berdendam. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang zuhud,suka hidup sederhana(tidak terpengaruh dengan kepada harta dan kemewahan hidup duniawi. Beliau merupakan salah seorang Ahli Mesyuarat bagi khalifah-khalifah Ar-Rasyidin. Di samping itu, Ali bin abi T

Jurai Keturunan Ali Bin Abi Talib- Khalifah ke-empat ( 4 )

Image
LATAR BELAKANG ALI BIN ABI TALIB R.A Nama sebenar Ali r.a ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul al-Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Lu’I bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaiymah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nazar bin Ma’ad bin Adnan. Ayah beliau bernama Abu Thalib(atau Abd Manaf) bin Abdul al- Muttalib (@ Syaibah al-Hamd) bin Hasyim (@ Amru) bin Abdul Manaf (@ al-Mughirah). Nama sebenarnya Abd Manaf tapi dikenali dengan nama Abi Talib, merupakan saudara kandung Abdullah bin Abdul al-Muttalib iaitu ayah Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, Nabi Muhamad s.a.w dan Ali r.a sama-sama berasal daripada satu tulang sulbi seorang datuk, Abdul Mutthalib bin Hasyim. Kedua-duanya termasuk dalam keluarga Bani Hasyim. Ayahanda Ali r.a adalah seorang pemimpin Quraisy yang sangat dihormati dan disegani oleh penduduk Mekah. Beliau mempunyai kekuatan sendiri yang sangat kuat sehingga mampu memikul beban membela Nabi Muhammad s.a.w daripada tenta

Akhir Hayat khalifah Umar Al-Khattab ( Khalifah Umar Di Bunuh )

Image
Khalifah Umar telah mati di bunuh oleh seorang hamba parsi bernama Abu Lu'Lu'ah. Abu Lu'Lu'ah ialah bekas tawanan perang Nihawand pada tahun 21 H dan menganut agama asalnya iaitu majusi. Beliau kemudiannya di beli oleh Al- Mughirah bin Syu'bah dan di jadikan sebagai hambanya. Pekerjaan Abu Lu'Lu'ah adalah bertukang (Tukang Besi) . Al-Mughirah di katakan telah mengenakan cukai kepada lu'lu'ah sebanyak 2 dirham untuk setahun...sedangkan 2 dirham untuk setahun bukanlah suatu yang membebankan kerana abu Lu'lu'ah mempunyai pekerjaan yang tetap sebagai tukang besi. khalifah umar meminta al-mughirah meringankan cukai itu ke atas lu'lu'ah. Sebelum tindakan di buat lu'lu'ah di katakan merancang untuk membunuh khalifah umar kerana tidak berpuas hati dengan sikap al-mughirah, Gabenor UMar al-khattab. Abu Lu'Lu'ah berkesempatan menikam khalifah umar al-khattab ketika hendak mengerjakan solat subuh di masjid madinah. akibat tik

kepimpinan dan peranan Umar al-khattab dalam perkembangan peradaban

Image
Pada dasarnya, program-program yang di lakukan oleh khalifah Umar bin Al-khattab adalah meneruskan apa yang pernah di rintis oleh abu bakar, khususnya dalam misi mengirim pasukan bagi menawan wilayah di luar arab. tawanan pertama di lancarkan ke atas ibu kota syiria , demaskus, ardan, hins dan berjaya pada tahun 653 M. setahun kemudian, selepas tentera Bizantine kalah dalam pertempuran yarmuk, seluruh daerah syiria di kuasai oleh pemerintahan islam. melalui syiria, mesir di tawan oleh tentera yang di pimpin oleh Amru Al-ash . Iraq pula berjaya di kuasai oleh tentera di bawah pimpinan saad bin abi waqqas. pada tahun 641 M, kedua-dua negeri ini rasmi masuk ke wilayah pemerintahan islam. Al-Qadisiyah, sebuah kota Hirah di iraq jatuh pada tahun 637 M. Dari kota ini , serangan di lancarkan ke kota parsi dan berjaya menguasai kota Al-Madain pada tahun itu juga. pada tahun 641 M, Mosul pula berjaya di kuasai. dengan demikian , wilayah kekuasaan islam meliputi seluruh semenanjung Arab, Palesti

Khutbah Khalifah Umar Al-Khattab

Image
Selepas Abu Bakar meninggal dunia pada malam selasa 8 jamadilakhir tahun 13 hijrah , Umar AL-Faruq Menerima jawatan kepimpinan pada pagi selasa dan menyampaikan ucaptama yang menjelaskan wawasannya.... "saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. saya menggantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar AS-Siddiq). sesiapa yang hadir maka kita akan memberi khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. sesiapa yang berbuat baik , maka kami tambah kebaikkannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. semoga allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua " Orang ramai takut kepada umar kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga merasa perkara itu. Beliau pun mengangkat kedua tangannya ke langit dan berdoa, : " Ya Allah , saya ini sangat keras ..lembutkanlah..saya lemah, berilah kekuatan. saya bakhil , berikanlah sifat pem

kewibawaan Umar al-Khattab

Image
Umar bin Al-Khattab berwibawa di kalangan lelaki mahupun perempuan sehinggakan syaitan pun takut kepadanya... Rasulullah berkata kepadanya : "demi zat yang jiwaku dalam genggamannya, apabila syaitan berjumpa dengan kamu (UMAR) di jalan yang kamu lalui, maka ia mencari jalan lain yang tidak kamu lalui " muhammad bin saad bin abi waqas menceritakan daripada ayahnya . pada suatu masa, Umar bin Al-Khattab meminta izin bertemu Rasulullah. Ketika itu, perempuan-perempuan Quraisy berada di majlis beliau dan mereka bercakap dengan beliau dengan suara yang kuat. Aapabila umar bin al-khattab masuk ke majlis , mereka berdiri dan cepat-cepat menutup tirai langsir (hijab) . Kemudian Rasulullah mengizinkan Umar ikut serta majlis..... selepas Umar masuk dan mengambil tempat duduk, Rasulullah tersenyum..Umar berkata : " semoga Allah memberikan kebaikan daripada senyummu, wahai Rasulullah" rasulullah berkata : " saya hairan pada wanita-wanita yang tadi berada di sini apabila m

Ketegasan Umar dalam kebenaran

Image
Aku Hanya Umar Album : Damai Munsyid : Hijjaz http://4caliph.blogspot.com/ Sebelum disapa sinar iman Kau bagaikan singa yang mengganas Membunuh anak perempuanmu Tanpa rasa belas dan kasihan Dipandu hati sekeras batu Jahiliyah yang menyesatkan Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa Lunturlah segala keangkuhanmu Berubah dan beralih arahmu Terbentur segala kekejaman Menjadi wira miskin nestapa Membela yang tak berupaya Tidurmu di rimbunan tamar Tenangmu tiada tercalar Berbantal lengan tanpa pengawal Berselimut embun keimanan Di malam yang hening Meratap menyesali diri Pada dosa kealpaan Dibasuh dengan airmata Memohon keampunan Tuhan Engkau khalifah berjiwa hamba Mentadbir tanpa singgahsana Menghina diri di hadapan Allah Kemuliaan diri manusia Mulia hidup bersulam taqwa Mulia matimu kau syuhada Pergi rohmu ke alam tinggi Terbang menuju ke syurgawi Aku hanya seorang Umar Kemuliaanku kerana Islam Semua ke syurga kecuali dia Ku bimbangi dialah diriku (Umar) Hati sekeras batu Berubah Menjadi selemb

kedudukan Umar di Sisi Kaumnya

Image
sumber rujukan : umar bin Al-khattab adalah seorang yang mulia antara orang Quraisy. pada zaman jahiliyyah, semua masalah berakhir di tangannya. apabila terjadi permusuhan, penghinaan dan kebanggaan antara quraisy dan kaum lain, beliau menjadi orang tengah bagi menyelesaikannya... selepas memeluk islam, beliau menjadi sahabat Rasulullah yang utama. beliau mendapat kemuliaan pada zaman jahiliyyah dan semasa kegemilangan islam. beliau adalah orang yang kuat semasa jahiliyyah dan terus berwibawa dalam islam. manusia seumpama emas dan perak. jika beliau adalah manusia terpilih pada zaman jahiliyyah, maka beliau juga manusia yang terpilih semasa beliau memeluk islam. keimanan Umar Al-Khattab semasa kali pertama umar mendengar bacaan al-quran , beliau berasa yakin. ayat-ayat ALLAH menyentuh pendengaran individu yang percaya pada ALLAH , lalu masuk ke dalam lubuk hati dan bersambung dengan iman yang tinggi. ia berbeza dengan mereka yang mata hatinya di selaputi kekotoran dosa kerana perbuata

sifat-sifat Umar AL-Khattab

Image
Umar Al-Khattab mahir dalam Ilmu Fikah dan seorang pemidato yang hebat. beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap . walaupun berada di tampuk kekuasaan , pencetus zaman keemasan negara islam ini, beliau hidup sederhana mencontohi Rasulullah. sifat Jasmani : puteranya Abdullah menyatakan : "beliau lelaki yang putih kemerah-merahan, tinggi, botak, beruban, berbadan besar, ketinggian beliau seakan-akan nampak seperti orang yang naik kenderaan, beliau kidaL (menggunakan tangan kiri), mempunyai suara yang kuat dan berwibawa.... sifat Rohami : budi perkerti yang luhur, beliau kuat menjaga kebenaran, cerdas, bernas pendapatnya, berpegang teguh pada agama, mennaikan perintah nabi, kewibawaan yang hebat, berani menyatakan kebenaran, alim, hati yang mudah tersentuh dan terkesan dengan ayat AL-quran, adil, syifa binti Abdullah memberikan penjelasan tentangnya : " Demi Allah, apabila umar bercakap, maka perkataannya di dengari, apabila berjalan, jalannya cepat

jurai keturunan Umar AL-Khattab

Image
Assalamualaikum.... hye kawan, teman N sahabat... nak kongsi info lg kat c ni sal jurai keturunan umar N sedikit sebanyak mengenai khalifah Umar ni..bace jgn x bace tau...hehe suke lah nak tambah info kat c ni even sikit jer..beberapa hari yang lepas dah post sal latar belakang Umar tapi sumber maklumat (buku) yg nak post hari ni dapat dari buku hasil tulisan buku dan dari beberapa org penulis yang telah kami petik dan d gabungkan menjadi satu cerita...hehe nanti2 kte leh r sama2 tmbah ilmu pengetahuan tentang pejuang islam yang hebat ni...sumber maklumat ni ktorg dpt dr buku yg berjudul sejarah khalifah rasulullah, jatuhnya sebuah tamadun, dan novel sejarah islam (Umar al-khattab-Reformasi Dunia Islam)..mari kite baca sama-sama... :D "sesungguhnya Allah Menjadikan kebenaran ke atas lidah Umar dan Hatinya. Dia adalah FaruQ yang membezakan antara kebenaran dan kesesatan " -hadis Nabi Muhammad- Beliau adalah Umar Bin Nufail Bin Abdul Uzza Bin Rabbah Bin Abdullah Bin Qarti BIn