Jurai Keturunan Ali Bin Abi Talib- Khalifah ke-empat ( 4 )




LATAR BELAKANG ALI BIN ABI TALIB R.A

Nama sebenar Ali r.a ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul al-Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Lu’I bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaiymah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nazar bin Ma’ad bin Adnan. Ayah beliau bernama Abu Thalib(atau Abd Manaf) bin Abdul al- Muttalib (@ Syaibah al-Hamd) bin Hasyim (@ Amru) bin Abdul Manaf (@ al-Mughirah). Nama sebenarnya Abd Manaf tapi dikenali dengan nama Abi Talib, merupakan saudara kandung Abdullah bin Abdul al-Muttalib iaitu ayah Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, Nabi Muhamad s.a.w dan Ali r.a sama-sama berasal daripada satu tulang sulbi seorang datuk, Abdul Mutthalib bin Hasyim. Kedua-duanya termasuk dalam keluarga Bani Hasyim. Ayahanda Ali r.a adalah seorang pemimpin Quraisy yang sangat dihormati dan disegani oleh penduduk Mekah. Beliau mempunyai kekuatan sendiri yang sangat kuat sehingga mampu memikul beban membela Nabi Muhammad s.a.w daripada tentangan-tentangan orang-orang kafir Quraisy.




Ali bin Abi Talib r.a juga mempunyai tiga orang saudara lelaki iaitu Ja’far, Aqil dan Thalib. Ja’far gugur dalam peperangan Tabuk sebagai pahlawan untuk memperjuangkan dan membela Nabi Muhammad s.a.w. ‘Aqil pula dikurniakan usia yang panjang hingga sempat mengalami kekuasaan Muawiyah bin Abi Sufyan. Manakala Thalib , saudara sulung Ali bin Abi Talib r.a wafat mendahului saudara-saudaranya yang lain. Bonda Ali r.a bernama Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushaiy bin Kilab. Beliau juga termasuk dalam golongan yang awal memeluk Islam dan memberi sokongan kepada dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah sendiri sangat menghargai dan menghormati beliau malah memanggil dengan panggilan bonda dan dianggap sebagai ibu kandung baginda sendiri..




Ali bin Abi Talib r.a dilahirkan pada hari Jumaat,tahun 22 sebelum Hijrah, muda 30 tahun daripada Nabi Muhammad s.a.w bersamaan 570 M, di dalam rumah Kaa’bah, rumah Allah. Sejak kecil lagi menjadi anak angkat dan menerima didikan Rasulullah atau dengan kata-kata lain “dibesarkan dalam didikan islam”. Beliau merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam ketika berumur 8 tahun. Beliau merupakan satu-satunya pemuda Quraisy yang bangun menyahut seruan Nabi untuk berdakwah dan berjuang di samping Nabi. Beliau juga merupakan sepupu, anak angkat, dan menantu kepada Rasulullah. Hasil perkongsian hidupnya bersama Fatimah Az-Zahra, mereka dikurniakan dengan tiga orang putera iaitu Hassan, Hussin, dan Muhsin serta dua orang puteri iaitu Ummi Kalthum dan Zainab.




Ali r.a terkenal sebagai Harimau Allah sebab keberanian dan kesetiaannya yang sanggup mengorbankan diri kerana menjaga Rasulullah dalam peristiwa Hijrah. Beliau juga terkenal dengan gelaran Abu Al-Hassan (Bapa/Ayah Hasan) kerana Hasan yang menjadi cucu Rasulullah itu adalah puteranya yang dikasihi Nabi s.a.w. Beliau wafat ketika berusia 65 tahun dan dimakamkan di Al-Ghariy, Najaf, Kuffah akibat dibunuh oleh Abdurrahman bin Muljam pada waktu subuh ..






Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab