Posts

Showing posts from September 16, 2009

kedudukan Umar di Sisi Kaumnya

Image
sumber rujukan : umar bin Al-khattab adalah seorang yang mulia antara orang Quraisy. pada zaman jahiliyyah, semua masalah berakhir di tangannya. apabila terjadi permusuhan, penghinaan dan kebanggaan antara quraisy dan kaum lain, beliau menjadi orang tengah bagi menyelesaikannya... selepas memeluk islam, beliau menjadi sahabat Rasulullah yang utama. beliau mendapat kemuliaan pada zaman jahiliyyah dan semasa kegemilangan islam. beliau adalah orang yang kuat semasa jahiliyyah dan terus berwibawa dalam islam. manusia seumpama emas dan perak. jika beliau adalah manusia terpilih pada zaman jahiliyyah, maka beliau juga manusia yang terpilih semasa beliau memeluk islam. keimanan Umar Al-Khattab semasa kali pertama umar mendengar bacaan al-quran , beliau berasa yakin. ayat-ayat ALLAH menyentuh pendengaran individu yang percaya pada ALLAH , lalu masuk ke dalam lubuk hati dan bersambung dengan iman yang tinggi. ia berbeza dengan mereka yang mata hatinya di selaputi kekotoran dosa kerana perbuata