kedudukan Umar di Sisi Kaumnya

sumber rujukan : umar bin Al-khattab adalah seorang yang mulia antara orang Quraisy.
pada zaman jahiliyyah, semua masalah berakhir di tangannya. apabila terjadi permusuhan, penghinaan dan kebanggaan antara quraisy dan kaum lain, beliau menjadi orang tengah bagi menyelesaikannya...

selepas memeluk islam, beliau menjadi sahabat Rasulullah yang utama. beliau mendapat kemuliaan pada zaman jahiliyyah dan semasa kegemilangan islam. beliau adalah orang yang kuat semasa jahiliyyah dan terus berwibawa dalam islam.
manusia seumpama emas dan perak. jika beliau adalah manusia terpilih pada zaman jahiliyyah, maka beliau juga manusia yang terpilih semasa beliau memeluk islam.




keimanan Umar Al-Khattab




semasa kali pertama umar mendengar bacaan al-quran , beliau berasa yakin. ayat-ayat ALLAH menyentuh pendengaran individu yang percaya pada ALLAH , lalu masuk ke dalam lubuk hati dan bersambung dengan iman yang tinggi. ia berbeza dengan mereka yang mata hatinya di selaputi kekotoran dosa kerana perbuatan ingkar dan maksiat.




di ceritakan suatu malam, umar berjalan di sela-sela dinding, tiba-tiba, beliau mendengar orang yang sembahyang malam dan membaca ayat-ayat allah yang bermaksud : " demi gunung tursina . Dan Demi Al-Quran yang tertulis dengan rapi. pada lembaran surat yang terbuka . Dan demi Baitul makmur. Dan Demi bumbung yang tinggi. Dan demi laut yang penuh tepu ( dengan kepanasan ) . Sesungguhnya balasan azab tuhanmu tetap berlaku. tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya "




Umar terkejut mendengar ayat itu dan sakit selama sebulan. orang datang menjenguknya dan mereka tidak mengetahui kenapa beliau sakit. Begitu Keadaan Umar apabila mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran , Beliau Menangis sehingga terjatuh, kemudian beliau berdiam diri di rumah. orang menyangka beliau sakit....




Tidak ada yang dapat mengukur keyakinan Umar kecuali hadis yang di laporkan oleh bukhari di dalam bukunya. Abi Said Khudri mengatakan , beliau mendengar Rasulullah berkata , " semasa saya tidur, saya bermimpi berjumpa dengan seorang yang memperlihatkan baju-bajunya kepada saya. Ada yang panjang sampai ke dada, Ada yang pendek di bawah dada. Umar memperlihatkan kepada saya baju yang dapat berkembang". para sahabat bertanya kepada Nabi, "apakah makna mimpi itu, wahai Rasulullah ? " Rasulullah Menjawab "Agama"




Comments

Popular posts from this blog

perlantikan khalifah umar al-khattab

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana