Posts

Showing posts from September 6, 2009

cerpen : ramadhan ini...

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Cepat sungguh masa berlalu. Sepertiga Ramadhan hampir melabuhkan tirai. Fasa Rahmah. Bakal mendatang dua minggu lagi untuk dimanfaatkan oleh hamba-hamba Allah yang menghargai kehadirannya...hari ini 17 ramadhan bersamaan 1430 hijrah...(sejarah nuzul quran ayat pertama yg di turunkan allah kepada nabi muhammad s.a.w).. hari ini isnin...kelas start jam 8 pg then ada masa senggang sejam tuk kul 11 yang mana kami berempat (za, kazu,nony N u'yun) kena masuk kls fiqh mawarith kat akademi pengajian islam Universiti Malaya...lepas tu bersambung pula kat fakulti pendidikan pada 12.30 berakhir pada jam 2 ptg sebagai masa terakhir pada hari ini...semoga masa-masa yg akan mendatang dpt di tempuhi dengan tabah...mohon kepada allah agar di permudahkan segala urusan...kuatkan hati untuk menempuh puasa di hari ini N seterusnya ammiiinnn... Saya ingin kongsikan sebuah cerpen tentang Ramadhan di dalam koleksi kotak fikiran saya. Penulis asalnya tidak da

uTHmaN Bin aFFaN

Image
Hello Kawan-Kawan.... jom baca sejarah kisah khalifah Uthman bin Affan...seronok tau...hehe... Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai. Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummaiyah. Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah