ABU BAKAR AL-SIDDIQ
Nama Saiyyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W. Perkataan Abu Bakar ialah ganti nama, kunyah (patronymic) . Namanya yang sebenar ialah Abdullah ( atau Atiq) dan bapanya bernama Uthman ( disebut juga Abu Quhafah) berasal daripada suku Taim (Quraisy). Ibunya bernama Salma Binti Sakhr (Lebih di kenali sebagai Umm Al-khayr) juga daripada suku Taim ..Pada zaman Jahiliyyah nama beliau ialah : Abd Al-Ka'bah ( penye