Cara pemilihan Umar berbeza dengan Abu Bakar, Umar menjadi khalifah atas pelantikan khalifah sebelumnya. ketika Abu Bakar jatuh sakit selama 15 hari, selepas dua tahun menjalankan pemerintahannya, beliau meminta Umar Bin Al-khattab mengantikannya sebagai imam sembahyang. semakin hari, sakitnya semakin tenat. beliau khuatir berlaku pertelingkahan selepas beliau meninggal dunia sekiranya beliau tidak melantik pengganti. Abu Bakar Merasakan orang yang layak mengantikan tempatnya adalah Umar bin Al-Khattab.
Abu bakar mengadakan mesyuarat tertutup dengan sebahagian sahabat. antara yang hadir adalah Abdul rahman Bin Auf dan Uthman Bin Affan daripada kaum Muhajirin dan Asid bin Khudair daripada kaum ansar. Abdul Rahman mengingatkan mengenai sikap Umar yang keras. Namun, Abu Bakar menyakinkan Abdul Rahman bahawa Umar akan bersikap lembut apabila memerintah. Pada dasarnya, semua sahabat setuju dengan pilihan Abu Bakar.
selepas berbincang, Abu bakar meminta supaya berita itu tidak dihebahkan kepada umum. Abu Bakar memerintah Uthman menulis perlantikan Umar bagi mengantikan kepimpinannya. pada awalnya, Uthman Bimbang berlaku perpecahan Umat apabila pesanan ini tidak dilaksanakan. Apabila Abu bakar meninggal dunia, Umar bin al-khattab di lantik sebagai khalifah yang ke-2 secara rasminya dalam majlis di Masjid Nabawi..(sumber : jatuhnya sebuah tamadun_menyingkap sejarah kegemilangan dan kehancuran empayar khalifah islam-mohamad nurhakim)
Pelantikan Umar al-Khattab-(sumber : sejarah islam- mahayudin Hj. yahya & Ahmad Jelani Halimi)
Umar bin al-khattab di pilih menjadi khalifah setelah di calonkan oleh Abu Bakar al-siddiq sendiri dengan persetujuan para sahabat yang lain. Sebelum Meninggal dunia, sayidina Abu Bakar telah mengumpulkan para sahabat untuk berunding tentang pemilihan pengantinya. antara yang hadir ialah umar bin Al-khattab dan Ali bin Abi Talib.
Tujuan beliau berbuat demikian ialah untuk menghindarkan sebarang pertikaian yang mungkin akan berlaku selepas kematiannya. Di Dalam perjumpaan inilah mereka memilih Umar sebagai orang yang paling layak menjawat jawatan Khalifah. Apabila di soal tentang pemilihan Umar, Masing-masing mengatakan bersetuju dan memuji tentang kebolehan Umar. Mereka yang di soal termasuklah Uthman Bin Affan, Abd Al-Rahman bin Auf dan Asyad Bin Hudair al-Ansari. setelah mencapai persetujuan, semua para sahabat membai'ah Umar dan diikuti oleh orang ramai.
setelah selesai upacara pelantikan dibuat, Khalifah Umar pun naik ke atas mimbar untuk menyampaikan ucapan dasarnya. Di antara isi ucapan itu adalah seperti berikut :
"Adalah bandingan kaum arab ini seperti seekor unta jinak yang di beri tali. unta ini akan menurut siapa yang memandunya. Insya Allah saya akan membawa kamu ke jalan yang benar..."
kata-kata umar ini membayangkan betapa patuhnya orang arab pada ketika itu kepada kaum Quraisy, khususnya jika sekiranya pemimpin itu bersikap amanah dan jujur seperti khalifah Umar. Keduanya, sayidina Umar berjanji memimpin mengikut jalan yang benar, yakni menurut perintah allah dan rasul-Nya seperti yang di lakukan khalifah sebelumnya. Pembukaan Wilayah Iraq
wilayah iraq pada waktu itu di bawah takluk kerajaan parsi. pada zaman Khalifah Abu Bakar, sebahagian dari wilayah iraq, khususnya di bahagian selatan telah di kuasai oleh tentera islam dan panglimanya pada waktu itu ialah Khalid bin al-Walid. dengan pemindahan Khalid bin Al-Walid ke syam, tugas itu di ambil alih oleh Al-Muthanna BIn Harithah Al-Syaibani.
Dengan terlantiknya Umar sebagai Khalifah, beliau telah melantik penglima nya yang baru iaitu Abu Ubaid Bin Umar Al-Thaqafi untuk meneruskan ekspedisidi iraq. peperangan yang pertama di Al-QarQas (Al-Jisr) yang di kenali sebagai PERANG JAMBATAN . perang ini berlaku di sekitar jambatan yang merintangi sungai Al-Furat. sebelum peperangan, berlaku cabar mencabar antara tentera islam dan parsi tentang siapa yang berani menyeberangi terlebih dahulu. Oleh sebab, tersalah perhitungan Abu Ubaid telah memerintahkan tenteranya menyeberangi jambatan tersebut. Justeru itu, Tenteranya telah mengalami kekalahan dan Abu Ubaid serta 7 orang pahlawan dari suku ThaQif termasuk saudara dan anak Abu Ubaid terkorban. peristiwa ini berlaku pada bulan ramadhan tahun ke-13 H/ 634 M.
Oleh sebab Abu Ubaid telah gugur dalam peperangan, maka tentera islam sudah mula kehilangan pedoman. akan tetapi, keadaan ini sekali lagi di selamatkan oleh Al-Muthanna Bin Harithah. dengan kebijaksanaan dan pengalamannya yang luas beliau berjaya membetulkan keadaan dan seterusnya berjaya menewaskan tentera parsi di Ullais dan Al-Buwaib. Setelah itu beliau menghantar pegawai-pegawainya ke beberapa daerah seperti Al-Hirah, dast Maisan, dan lain-lain untuk mengawal dan seterusnya memungut hasil-hasil cukai, sementara beliau sendiri meneruskan ekspedisi ke Al-Anbar dan Al-Khanafis. dari sana beliau kembali semula ka Al-Hirah untuk menyediakan tenteranya dalam ekspedisi berikutnya. Dalam pada itu Khalifah Umar telah Menghantar tentera bantuan yang terdiri daripada bekas kaum murtad yang mempunyai bilangan yang besar dan seterusnya melantik sa'd bin Abi Waqqas, salah seorang sahabat nabi yang terkemuka sebagai panglima tentera islam yang baru di IraQ bagi menggantikan tempat Abu Ubaid Al-ThaQafi.
Comments
Post a Comment