kepimpinan dan peranan Umar al-khattab dalam perkembangan peradaban
Pada dasarnya, program-program yang di lakukan oleh khalifah Umar bin Al-khattab adalah meneruskan apa yang pernah di rintis oleh abu bakar, khususnya dalam misi mengirim pasukan bagi menawan wilayah di luar arab. tawanan pertama di lancarkan ke atas ibu kota syiria , demaskus, ardan, hins dan berjaya pada tahun 653 M. setahun kemudian, selepas tentera Bizantine kalah dalam pertempuran yarmuk, seluruh daerah syiria di kuasai oleh pemerintahan islam. melalui syiria, mesir di tawan oleh tentera yang di pimpin oleh Amru Al-ash . Iraq pula berjaya di kuasai oleh tentera di bawah pimpinan saad bin abi waqqas. pada tahun 641 M, kedua-dua negeri ini rasmi masuk ke wilayah pemerintahan islam. Al-Qadisiyah, sebuah kota Hirah di iraq jatuh pada tahun 637 M. Dari kota ini , serangan di lancarkan ke kota parsi dan berjaya menguasai kota Al-Madain pada tahun itu juga. pada tahun 641 M, Mosul pula berjaya di kuasai. dengan demikian , wilayah kekuasaan islam meliputi seluruh semenanjung Arab, Palestin, Syiria dan Mesir. Sebahagian besar wilayah parsi dan rom turut masuk ke dalam pemerintahan islam yang berpusat di madinah.
Perluasan wilayah pada zaman umar begitu cepat dan berhasil dengan gemilang. keadaan ini menuntut umar supaya memberikan perhatian yang lebih pada masalah pengurusan negara. beliau mula mengaplikasikan tatacara pentadbiran empayar parsi yang berpengalaman dalam hal-hal pentadbiran negara. pemerintahan di bahagikan kepada 8 daerah iaitu :
1. Makkah
2. Madinah
3. Syiria
4. Jazirah
5. Basrah
6. Kufah
7. Palestin
8. Mesir
Khalifah Umar al-khattab memainkan peranan penting dalam peradaban islam, dapat disimpulkan 2 sumbangan besar yang dilakukan oleh beliau iaitu : perluasan wilayah pemerintahan islam dan memperbaiki sistem pentadbiran negara islam.
Beberapa jabatan penting di dirikan :
1. sistem pembayaran gaji serta pajak di susun.
2. sistem pengadilan khusus di tubuhkan.
3. baitul mal di jadikan bank negara .
4. pengurusan kewangan semakin lancar.
5. beliau membentuk jawatan polis dan menambah dana dalam sektor ketenteraan.
6. jawatan-jawatn di wujudkan bagi menangani urusan pembangunan.
7. jadual-jadual program di laksanakan dengan tersusun dan membentuk Kalendar.
8. Khalifah Umar menetapkan Tahun hijrah dan di terima sebagai tahun orang islam.
Comments
Post a Comment