Akhir Hayat khalifah Umar Al-Khattab ( Khalifah Umar Di Bunuh )


Khalifah Umar telah mati di bunuh oleh seorang hamba parsi bernama Abu Lu'Lu'ah. Abu Lu'Lu'ah ialah bekas tawanan perang Nihawand pada tahun 21 H dan menganut agama asalnya iaitu majusi. Beliau kemudiannya di beli oleh Al-Mughirah bin Syu'bah dan di jadikan sebagai hambanya. Pekerjaan Abu Lu'Lu'ah adalah bertukang (Tukang Besi) . Al-Mughirah di katakan telah mengenakan cukai kepada lu'lu'ah sebanyak 2 dirham untuk setahun...sedangkan 2 dirham untuk setahun bukanlah suatu yang membebankan kerana abu Lu'lu'ah mempunyai pekerjaan yang tetap sebagai tukang besi. khalifah umar meminta al-mughirah meringankan cukai itu ke atas lu'lu'ah. Sebelum tindakan di buat lu'lu'ah di katakan merancang untuk membunuh khalifah umar kerana tidak berpuas hati dengan sikap al-mughirah, Gabenor UMar al-khattab.



Abu Lu'Lu'ah berkesempatan menikam khalifah umar al-khattab ketika hendak mengerjakan solat subuh di masjid madinah. akibat tikaman itu, khalifah umar cedera pada hari rabu dan berterusan sehingga beliau meninggal dunia 4 hari sebelum akhir bulan zulhijjah, tahun 23 hijrah. khalifah umar telah menyuruh anaknya meminta kebenaran daripada aisyah isteri Rasulullah untuk meminta izin bagi mengebumikannya berdekatan dengan 2 orang sahabatnya iaitu Nabi Muhammad dan khalifah abu Bakar. aisyah telah memberi keizinan.
beliau di kebumikan berdekatan dengan 2 sahabatnya. kepalanya di letakkan lurus dengan bahu Abu Bakar, Manakala kepala Abu Bakar lurus dengan bahu Rasulullah....



Ada pendapat mengatakan bahawa Lu'Lu'ah membunuh khalifah umar bermotifkan politik bagi membela bangsa parsi di atas tindakan orang-orang arab menakluki negara mereka . dalam pada itu ada pula beberapa tuduhan yang di lemparkan oleh para orentalis terhadap khalifah umar, antaranya B. Lewis. menurut beliau, pembunuhan khalifah umar adalah kerana kezalimannya terhadap orang bukan islam (kaum Parsi). Akibat kezaliman itu mereka menentang lalu membunuhnya. tuduhan ini adalah tidak berasaskan fakta sejarah kerana di sepanjang pemerintahan khalifah umar tidak pernah berlaku penentangan sama ada daripada orang islam mahupun bukan islam.


sebelum khalifah umar kembali ke rahmatullah beliau tidak mencalonkan sesiapa untuk mengantikan beliau. perkara ini di serahkan kepada majlis syura yang di lantik dari kalangan sahabat terdekat yang di percayai iaitu seramai 6 orang untuk membuat keputusan. dengan keputusan majlis syura Sayidina Uthman di lantik menjadi penganti Umar.

Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab