Ketegasan Umar dalam kebenaran
Aku Hanya Umar
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliyah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku (Umar)
Hati sekeras batu
Berubah Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh kepada kebatilan
Umar adalah pengawal kepada Rasulullah seperti yang dinyatakan di dalam hadis. beliau adalah orang yang kuat menjaga kebenaran dan tidak takut cercaan daripada sesiapa pun...
Sikap umar
semasa Ubai bin Salul menjadi ketua orang munafik (berpura-pura beriman tetapi sebenarnya tidak), dia menimbulkan fitnah antara orang islam ketika mereka dalam perjalanan balik daripada perang zat ar-riqa berlaku pada tahun kedua hijrah. ia diketuai oleh Nabi muhammad di daerah Najd di kediaman Bani Muharib dan Bani Tha'labah daripada kaum Ghatafan. Ubai berkata, "jika balik ke madinah, orang yang kuat (Muhajirin) akan mengeluarkan orang yang lemah (Ansar)". selepas mendengar kata-kata itu, Umar datang kepada Rasulullah dan berkata , : " wahai Rasulullah , izinkan saya membunuhnya kerana dia orang munafik ". Rasulullah berkata kepadanya, : " jangan ! nanti manusia akan mengatakan Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya sendiri ".
semasa Hatib Bin Abi Baltaah di dapati mengirim maklumat kepada saudara maranya di mekah mengenai rancangan Nabi Muhammad dan Umat Islam menawan mekah , Rasulullah memanggil Hatib bagi di soal siasat. Umar tidak sabar dan berkata, : " wahai Rasulullah, izinkan saya memancung lehernya dengan pedang". maka Rasulullah berkata kepadanya, : " beliau termasuk ahli badar. ( orang yang bersama dalam perang badar)".
Comments
Post a Comment