KATA-KATA HIKMAH PENINGGALAN ALI BIN ABI TALIB R.A



1. Bagaimana anda dapat gembira dalam hidup yang usianya semakin pendek dengan berlalunya masa setiap detik.


2. Barangsiapa yang berumur panjang akan meratapi kawan-kawannya.


3. Tidak ada kegembiraan di dunia ini yang tidak diikuti dengan tangisan.


4. Setiap nafas manusia yang berdetik itu adalah yang membawanya setapak lebih dekat kepada kematian.


5. Manusia adalah laksana pokok, sekalipun sekaliannya itu disirami dengan air yang sama namun buahnya adalah berbeza.


6. Manusia yang paling buruk sekali ialah seorang yang menyangka dirinya paling baik.


7. Buku adalah taman para ulama.


8. Seseorang itu belajar dengan bertanya.


9. Jadikan diri anda seorang murid kepada setiap ulama yang ada temui.


10. Pendidikan yang terbaik ialah sesuatu yang dapat memperbaiki diri anda.


11. Seseorang itu dianggap mulia jika ia selalu menziarahi orang-orang yang berilmu.


12. Kejahilan adalah musuh anda yang paling utama.


13. Seseorang yang tdak pernah memperbaiki diri sendiri tidak akan dapat memperbaiki orang lain.


14. Bagaimana anda dapat mengenali orang lain jika anda sendiri tidak dapat mengenali diri anda.


15. Kecerdikan adalah bakat kurniaan semulajadi dan akan bertambah dengan pendidikan dan pengalaman.


16. Seorang yang baik itu akan sentiasa hidup ia telah dikebumikan di perkuburan.


17. Meminta sedekah itu menghapuskan kemuliaan peribadi.


18. Diam adalah jawapan yang terbaik kepada orang yang bodoh.


19. Merendah diri adalah kemenangan seorang yang sebenar.


20. Kejayaan adalah buah kesabaran yang manis sekali.


21. Mencintai kekayaan merosakkan sifat-sifat peribadi yang mulia.


22. Kata-kata yang lemah-lembut itu selalunya memenangi hati manusia.


23. Tidak orang zalim yang akan menciumi bau syurga.


24. Bermurah hatilah tetapi jangan boros.


25. Membuat dosa adalah satu penyakit, merasa kesal ialah ubatnya, dan memelihara diri daripada berbuat dosa adalah rawatannya yang sebenar.


26. Kesederhanaan adalah kekayaan orang-orang miskin.


27. Penderitaan mudah sahaja ditanggung oleh orang yang sabar.


28. Barangsiapa yang sedar akan kesalahan dirinya akan akan bersikap lembut terhadap kesalahan orang lain.


29. Dosa yang besar ialah menyanjungi kezaliman.


30. Seseorang yang sentiasa mengambil berat terhadap nasihat orang lain adalah seorang yang bijaksana.


31. Sopan-santun adalah sebaik-baik pakaian peribadi.


32. Ada tiga perkara yang menyebabkan kesusahan di dunia iaitu cemburu, buruk perangai dan khianat.


33. Sempadan ilmu itu tidak terbatas.


34. Kemarahan bermula daripada kebodohan dan berakhir dengan penyesalan.


35. Orang-orang munafik memakai pakaian dusta.


36. Barangsiapa yang sedar akan kebesaran Allah s.w.t tidak akan menjadi orang yang sombong.


37. Jauhilah bersahabat dengan orang yang jahat. Mereka adalah seperti api yang akan membakar segala yang mendekatinya.


38. Bermesyuaratlah sebelum membuat sesuatu keputusan.


39. Lidah manusia itu lebih tajam daripada pedang.


40. Barangsiapa yang menakutkan kamu tentang sesuatu tentang kejahatan, ia sebenarnya cuba hendak memperbaiki kamu.

Comments

Popular posts from this blog

perlantikan khalifah umar al-khattab

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana