KECINTAAN RASULULLAH TERHADAP ALI BIN ABI TALIB R.A


Rasulullah s.a.w sangat sayang kepada Ali bin Abi Talib r.a kerana pertama kalinya beliau adalah kanak-kanak yang pertama sekali memeluk Islam. Sebahagian sahabat mengatakan Saidina Ali r.a adalah orang lelaki pertama yang memeluk islam setelah isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah. Apatah lagi Ali bin Abi Talib r.a telah dibesarkan dan dididik oleh Rasulullah sendiri sejak kecil.

Selepas Ali bin Abi Talib r.a memeluk Islam,Rasulullah s.a.w bertambah sayang kepada beliau disebabkan keimanan yang bulat kepada Allah s.w.t serta keberanian dan keikhlasannya untuk membela agama Allah dan Rasulnya.


Bagi menunjukkan contoh yang terang bagaimana tingginya kasih sayang rasulullah terhadap Ali bin Abi Talib r.a ialah Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan puterinya yang paling disayangi iaitu Fatimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Talib. Dengan perkahwinan itu, kedudukan Abi bin Abi Talib r.a semakin mulia disisi sahabat dan kaum muslimin umumnya.

Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab