jurai keturunan Umar AL-Khattab


Assalamualaikum.... hye kawan, teman N sahabat... nak kongsi info lg kat c ni sal jurai keturunan umar N sedikit sebanyak mengenai khalifah Umar ni..bace jgn x bace tau...hehe suke lah nak tambah info kat c ni even sikit jer..beberapa hari yang lepas dah post sal latar belakang Umar tapi sumber maklumat (buku) yg nak post hari ni dapat dari buku hasil tulisan buku dan dari beberapa org penulis yang telah kami petik dan d gabungkan menjadi satu cerita...hehe nanti2 kte leh r sama2 tmbah ilmu pengetahuan tentang pejuang islam yang hebat ni...sumber maklumat ni ktorg dpt dr buku yg berjudul sejarah khalifah rasulullah, jatuhnya sebuah tamadun, dan novel sejarah islam (Umar al-khattab-Reformasi Dunia Islam)..mari kite baca sama-sama... :D


"sesungguhnya Allah Menjadikan kebenaran ke atas lidah Umar dan Hatinya. Dia adalah FaruQ yang membezakan antara kebenaran dan kesesatan " -hadis Nabi Muhammad-


Beliau adalah Umar Bin Nufail Bin Abdul Uzza Bin Rabbah Bin Abdullah Bin Qarti BIn Razah Bin Adi Bin Kaab. Gelaran terkenal beliau adalah Abu Hafsin. Ibu Beliau adalah Hantamah Binti Hasyim Bin Mughirah Bin Abdullah Bin Amar Bin Makhzum.
Abu jahal adalah bapa saudara kepada Umar Al-khattab. semasa jahiliyyah mereka sama-sama memusuhi Rasulullah SAW. tetapi sesudah memeluk islam, Umar Al-Khattab Memusuhi Abu Jahal.
Umar Al-khattab daripada keluarga bani Adi. sebelum islam beliau menjadi duta bagi kaum Quraisy. sekiranya berlaku peperangan, beliau di hantar sebagai duta ataupun perunding bagi pihak kaum Quraisy.

Beliau di gelar faruQ (pemisah) oleh Nabi Muhammad. Di laporkan Oleh Ibnu Saad daripada Ayub Bin Musa, Beliau Mendengar Rasulullah berkata : "sesungguhnya allah menjadikan kebenaran ke atas lidah umar dan hatinya. Dia adalah FaruQ yang membezakan antara kebenaran dan kesesatan"


Menurut Laporan Hadis, Beliau di lahirkan 4 tahun selepas peristiwa besar iaitu 30 tahun sebelum Kenabian. Menurut sumber lain, Beliau di lahirkan 13 tahun selepas tahun Gajah. Oleh itu, perbezaan usia antara beliau dengan rasulullah lebih kurang 10 sehingga 13 tahun.
Sejarah Keislaman Umar
Semasa Rasulullah berkumpul bersama-sama dengan sahabat-sahabat Nabi di rumah ArQam Bin Abi ArQam bagi mengajar AL-QuRan kepada mereka, Umar bin Khattab mendengar berita berita berkenaan hal itu. kemudian beliau datang kepada mereka dengan marah sambil menghunus pedang bagi melakukan kekacauan....
Ketika dalam perjalanan, beliau berjumpa dengan seorang Musyrik bernama Nuaim Bin Abdullah. Nuaim berkata : " kamu hendak ke mana, wahai Umar ? "
beliau menjawab, " saya ingin bertemu Muhammad. dia memecahbelahkan perpaduan orang quraisy, menghilangkan mimpi mereka, menghina agama mereka dan memaki hamun tuhan-tuhan mereka. saya ingin membunuhnya "
Nuaim membalas, "kamu tertipu, wahai umar. apakah kamu yakin, Bani Abdul Manaf membiarkan kamu berjalan di atas muka bumi ini apabila kamu membunuh muhammad ? sebaik-baiknya kamu pergi ke tempat ahli keluarga kamu dan perbaiki mereka dahulu ".
Umar bertanya, : "Ahli Keluarga saya yang mana ?"
Nuaim menjawab, : "saudara perempuan kamu, Fatimah dan suaminya Said Bin Zaid."
mereka berdua menganut islam tanpa di ketahui oleh Umar. Kemudian Umar segera pergi ke rumah saudara perempuannya dan suaminya. pada masa itu, Khabbab Bin AL-Arth sedang mengajar AL-Quran kepada mereka. Apabila mendengar suara Umar, Khabbab bersembunyi di penjuru rumah manakala fatimah meletakkan helaian ayat-ayat al-quran yang dibacanya di bawah pahanya.
Umar mendengar suara Khabbab dari luar. semasa masuk, beliau bertanya : "suara apa yang aku dengar tadi ?"
mereka menjawab : "kamu tidak mendengar apa-apa"
Umar berkata , : "demi Allah ! aku dapat maklumat kamu berdua mengikut agama Muhammad ! "
Beliau terus menampar suami saudara perempuannya, Said. Fatimah cuba menahan Umar daripada terus memukul suaminya. melihat fatimah cuba menahannya, Umar memukul Fatimah pula. selepas kedua-duanya di pukul, mereka akhirnya mengaku, " Benar, kami sudah menganut islam dan percaya kepada Allah dan rasulnya. Lakukanlah apa yang kamu mahu ".
Apabila Umar melihat darah pada muka saudara perempuannya, kemarahannya menurun. Beliau menyesal atas apa yang berlaku. Kemudian, beliau meminta helaian Al-Quran daripada fatimah tadi kerana beliau ingin membacanya. Namun, Fatimah enggan dengan syarat beliau mandi terlebih dahulu. Umar pun Mandi. selepas mandi, Beliau membaca helaian ayat-ayat allah itu. beliau berkata : " Alangkah indah dan mulianya ayat-ayat ini ".
Apabila khabbab mendengar kata-katanya, beliau terus keluar dari tempat persembunyian lalu berkata : " wahai Umar, demi allah, saya berharap allah memilih kamu atas doa nabinya. semalam saya mendengar Rasulullah menyebut , "ya Allah, Kuatkanlah islam antara dua Umar, sama ada Umar Bin Hisyam ( Abu Jahal ) ataupun Umar Bin Khattab "
Umar berkata : " Di mana aku boleh berjumpa Muhammad ".
Mereka pada mulanya enggan memberitahu kerana bimbang Umar mengapa-apakan Nabi Muhammad. selepas Umar memberitahu beliau mahu menganut islam, Khabbab pun memberitahu lokasi Nabi Muhammad berada.
Umar pun pergi mencari Nabi MUhammad. sesampainya di rumah al-arqam bin abil arqam, beliau mengetuk pintu. maka berdirilah seorang sahabat rasulullah lalu mengintainya dari sebalik pintu. beliau melihat umar sedang menghunus pedangnya. kemudian beliau kembali kepada Rasulullah dengan gementar dan berkata , : "Wahai Rasulullah, Umar bin Khattab datang dengan menghunus pedangnya ".
Hamzah, bapa saudara Rasulullah berkata : " Berilah izin kepadanya, sekiranya dia inginkan kebaikan, kita bantu dan sekiranya dia inginkan kejahatan, kita bunuh dengan pedangnya ".
Maka Rasulullah berkata , : " berilah keizinan kepadanya " . maka sahabat itu memberinya izin masuk. kemudian rasulullah berdiri dan menuju kepadanya sehingga beliau berjumpa dengannya dan memegang tempat tali seluarnya dan menariknya dengan kuat dan berkata, " apa yang menyebabkan kamu datang ke mari, wahai Ibnu Khattab ? demi allah, saya melihat tidak akan selesai perkara ini sehingga allah menghilangkan kejahatan daripada kamu.
Maka Umar menjawab, : "Wahai Rasulullah, saya datang kepada kamu bagi menyakini allah dan Rasulnya serta percaya pada apa yang kamu sampaikan daripada allah ". Maka rasulullah melaungkan "Allahu Akhbar" dan di ikuti oleh orang islam.
Allah Mengagungkan islam melalui pengislaman Umar Al-FaruQ. Buhkhari melaporkan dengan pelapornya daripada Abdullah Bin Mas'ud, " KIta sentiasa Mulia semenjak Umar masuk Islam "
( ketika beliau berusia 35 tahun beliau mendapat hidayah lalu terus memeluk islam )

Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab