Posts

Showing posts with the label khalifah abu bakar al-siddiQ

Masalah penting Yang Di Hadapi Khalifah Abu Bakar As-Siddiq semasa Pemerintahannya...

sebaik sahaja di lantik menjadi khalifah beberapa masalah tentang umat islam dan negara islam telah di hadapi oleh Khalifah Abu Bakar... Masalah tersebut banyak berkait dengan hal ehwal politik dan ketenteraan, Terdapat 2 masalah besar yang di hadapi oleh beliau : PERTAMA : Tentang Penentangan Golongan Al-Riddah ( Nabi-Nabi Palsu dan kaum Murtad ) KEDUA : Tentang ancaman tentera kerajaan parsi ( SASANIAN ) dan BYZANTINE.... Masalah pertama, Gerakkan nabi-nabi palsu dan kaum murtad yang dikenali dalam sejarah sebagai al-riddah itu sebenarnya bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w tetapi oleh sebab gerakkan itu menjadi satu ancaman yang merbahaya kepada kerajaan islam Madinah berikutan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan khalifah Abu Bakar terpaksa mengambil tindakan segera bagi memulihkan keamanan... Masalah Kedua, iaitu tentangan ancaman Tentera BYZANTINE dan PARSI juga sudah bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi ancaman ini menjadi lebih ketara lagi pada zaman Khalifa...

Bingkisan hati Khalifah islam peribadi Mulia

Image
Khalifah Lirik Lagu Nasyid Far East Abu Bakar As-Siddiq Umar bin Al-Khattab Usman Bin Affan Ali Bin Abi Talib Khalifah-khalifah dunia Islam Khalifah pertama Abu Bakar As-Siddiq Membenar kata nabi sahabat setia Antara insan pertama memeluk Islam Disegani pekerti mulia Abu Bakar As-Siddiq Umar bin Al-Khattab Usman Bin Affan Ali Bin Abi Talib Khalifah-khalifah dunia Islam Khalifah kedua Umar Bin Al-Khattab Khalifah berani berjiwa mulia Diberi gelaran Amirul Mukminin Panglima agung orang mukmin Khalifah ketiga Usman Bin Affan Perjanjian Hudaibiyah tanda pengorbanan Berani dan berbudi taat dan setia Insan dermawan untuk agama Khalifah keempat Ali Bin Abi Talib Sepupu Rasulullah suami Fatimah Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam Berilmu tinggi gagah dan berani

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Image
Nama Saiyyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W. Perkataan Abu Bakar ialah ganti nama, kunyah (patronymic) . Namanya yang sebenar ialah Abdullah ( atau Atiq) dan bapanya bernama Uthman ( disebut juga Abu Quhafah) berasal daripada suku Taim (Quraisy). Ibunya bernama Salma Binti Sakhr (Lebih di kenali sebagai Umm Al-khayr) juga daripada suku Taim ..Pada zaman Jahiliyyah nama beliau ialah : Abd Al-Ka'bah ( penye...