Khutbah Khalifah Umar Al-Khattab
Selepas Abu Bakar meninggal dunia pada malam selasa 8 jamadilakhir tahun 13 hijrah , Umar AL-Faruq Menerima jawatan kepimpinan pada pagi selasa dan menyampaikan ucaptama yang menjelaskan wawasannya.... "saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. saya menggantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar AS-Siddiq). sesiapa yang hadir maka kita akan memberi khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. sesiapa yang berbuat baik , maka kami tambah kebaikkannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. semoga allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua " Orang ramai takut kepada umar kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga merasa perkara itu. Beliau pun mengangkat kedua tangannya ke langit dan berdoa, : " Ya Allah , saya ini sangat keras ..lembutkanlah..saya lemah, berilah kekuatan. saya bakhil , berikanlah sifat pem...