Posts

Hum Ko Bulana

Image
Humko Bulana Ya Rasulullah Humko Bulana Ya Habibullah Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Teringat daku darah Rasulullah , Mengalir sepanjang batu diarah...

Ya RasulAllah.....

Image

Masalah penting Yang Di Hadapi Khalifah Abu Bakar As-Siddiq semasa Pemerintahannya...

sebaik sahaja di lantik menjadi khalifah beberapa masalah tentang umat islam dan negara islam telah di hadapi oleh Khalifah Abu Bakar... Masalah tersebut banyak berkait dengan hal ehwal politik dan ketenteraan, Terdapat 2 masalah besar yang di hadapi oleh beliau : PERTAMA : Tentang Penentangan Golongan Al-Riddah ( Nabi-Nabi Palsu dan kaum Murtad ) KEDUA : Tentang ancaman tentera kerajaan parsi ( SASANIAN ) dan BYZANTINE.... Masalah pertama, Gerakkan nabi-nabi palsu dan kaum murtad yang dikenali dalam sejarah sebagai al-riddah itu sebenarnya bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w tetapi oleh sebab gerakkan itu menjadi satu ancaman yang merbahaya kepada kerajaan islam Madinah berikutan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan khalifah Abu Bakar terpaksa mengambil tindakan segera bagi memulihkan keamanan... Masalah Kedua, iaitu tentangan ancaman Tentera BYZANTINE dan PARSI juga sudah bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi ancaman ini menjadi lebih ketara lagi pada zaman Khalifa...

Bingkisan hati Khalifah islam peribadi Mulia

Image
Khalifah Lirik Lagu Nasyid Far East Abu Bakar As-Siddiq Umar bin Al-Khattab Usman Bin Affan Ali Bin Abi Talib Khalifah-khalifah dunia Islam Khalifah pertama Abu Bakar As-Siddiq Membenar kata nabi sahabat setia Antara insan pertama memeluk Islam Disegani pekerti mulia Abu Bakar As-Siddiq Umar bin Al-Khattab Usman Bin Affan Ali Bin Abi Talib Khalifah-khalifah dunia Islam Khalifah kedua Umar Bin Al-Khattab Khalifah berani berjiwa mulia Diberi gelaran Amirul Mukminin Panglima agung orang mukmin Khalifah ketiga Usman Bin Affan Perjanjian Hudaibiyah tanda pengorbanan Berani dan berbudi taat dan setia Insan dermawan untuk agama Khalifah keempat Ali Bin Abi Talib Sepupu Rasulullah suami Fatimah Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam Berilmu tinggi gagah dan berani

KATA-KATA HIKMAH PENINGGALAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
1. Bagaimana anda dapat gembira dalam hidup yang usianya semakin pendek dengan berlalunya masa setiap detik. 2. Barangsiapa yang berumur panjang akan meratapi kawan-kawannya. 3. Tidak ada kegembiraan di dunia ini yang tidak diikuti dengan tangisan. 4. Setiap nafas manusia yang berdetik itu adalah yang membawanya setapak lebih dekat kepada kematian. 5. Manusia adalah laksana pokok, sekalipun sekaliannya itu disirami dengan air yang sama namun buahnya adalah berbeza. 6. Manusia yang paling buruk sekali ialah seorang yang menyangka dirinya paling baik. 7. Buku adalah taman para ulama. 8. Seseorang itu belajar dengan bertanya. 9. Jadikan diri anda seorang murid kepada setiap ulama yang ada temui. 10. Pendidikan yang terbaik ialah sesuatu yang dapat memperbaiki diri anda. 11. Seseorang itu dianggap mulia jika ia selalu menziarahi orang-orang yang berilmu. 12. Kejahilan adalah musuh anda yang palin...

KECINTAAN RASULULLAH TERHADAP ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Rasulullah s.a.w sangat sayang kepada Ali bin Abi Talib r.a kerana pertama kalinya beliau adalah kanak-kanak yang pertama sekali memeluk Islam. Sebahagian sahabat mengatakan Saidina Ali r.a adalah orang lelaki pertama yang memeluk islam setelah isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah. Apatah lagi Ali bin Abi Talib r.a telah dibesarkan dan dididik oleh Rasulullah sendiri sejak kecil. Selepas Ali bin Abi Talib r.a memeluk Islam,Rasulullah s.a.w bertambah sayang kepada beliau disebabkan keimanan yang bulat kepada Allah s.w.t serta keberanian dan keikhlasannya untuk membela agama Allah dan Rasulnya. Bagi menunjukkan contoh yang terang bagaimana tingginya kasih sayang rasulullah terhadap Ali bin Abi Talib r.a ialah Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan puterinya yang paling disayangi iaitu Fatimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Talib. Dengan perkahwinan itu, kedudukan Abi bin Abi Talib r.a semakin mulia disisi sahabat dan kaum muslimin umumnya.

SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang tokoh Islam yang agung. Beliau memiliki akhlak yang teramat indah, selain daripada memiliki pelbagai jenis kemahiran dan kebijaksanaan. Beliau adalah seorang manusia yang mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang luarbiasa. Beliau terkenal sebagai seorang cendikiawan, seorang jurudakwah yang berkaliber, seorang hakim yang adil, dan seorang pahlawan yang sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Selain itu Beliau juga terkenal sebagai seorang Ahli Ilmu ( sarjana ), terutama dalam dalam bidang Fiqh ( Undang-undang ) Islam, Tafsir Al-Qur’an dan Ilmu Nahu.(*95) Ali bin Abi Talib r.a juga merupakan salah seorang daripada pahlwan-pahlawan Islam yang gagah dan berani dalam membela Agama Allah dan Rasulnya. Antara peperangan yang pernah disertai oleh beliau ialah perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak, Siffin dan Jamal. Di samping itu, Saidina Ali terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat . Ini merupakan kepandaian semulajadi bagi Sai...