Masalah penting Yang Di Hadapi Khalifah Abu Bakar As-Siddiq semasa Pemerintahannya...

sebaik sahaja di lantik menjadi khalifah beberapa masalah tentang umat islam dan negara islam telah di hadapi oleh Khalifah Abu Bakar...
Masalah tersebut banyak berkait dengan hal ehwal politik dan ketenteraan, Terdapat 2 masalah besar yang di hadapi oleh beliau :

PERTAMA : Tentang Penentangan Golongan Al-Riddah ( Nabi-Nabi Palsu dan kaum Murtad )

KEDUA : Tentang ancaman tentera kerajaan parsi ( SASANIAN ) dan BYZANTINE....



Masalah pertama, Gerakkan nabi-nabi palsu dan kaum murtad yang dikenali dalam sejarah sebagai al-riddah itu sebenarnya bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w tetapi oleh sebab gerakkan itu menjadi satu ancaman yang merbahaya kepada kerajaan islam Madinah berikutan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan khalifah Abu Bakar terpaksa mengambil tindakan segera bagi memulihkan keamanan...

Masalah Kedua, iaitu tentangan ancaman Tentera BYZANTINE dan PARSI juga sudah bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi ancaman ini menjadi lebih ketara lagi pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Oleh itu di sepanjang pemerintahannya selama 2 tahun lebih itu ( 11 H/632 M - 13 H / 634 M ) terpaksa di tumpukan kepada penyelesaian masalah-masalah tersebut tanpa berpeluang mengadakan pembangunan..







sumber : sejarah islam , Mahayuddin hj.yahaya & ahmad jelani ( Siri Sejarah Fajar Bakti ) 1993




Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab