Posts

Showing posts from September 22, 2009

KATA-KATA HIKMAH PENINGGALAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
1. Bagaimana anda dapat gembira dalam hidup yang usianya semakin pendek dengan berlalunya masa setiap detik. 2. Barangsiapa yang berumur panjang akan meratapi kawan-kawannya. 3. Tidak ada kegembiraan di dunia ini yang tidak diikuti dengan tangisan. 4. Setiap nafas manusia yang berdetik itu adalah yang membawanya setapak lebih dekat kepada kematian. 5. Manusia adalah laksana pokok, sekalipun sekaliannya itu disirami dengan air yang sama namun buahnya adalah berbeza. 6. Manusia yang paling buruk sekali ialah seorang yang menyangka dirinya paling baik. 7. Buku adalah taman para ulama. 8. Seseorang itu belajar dengan bertanya. 9. Jadikan diri anda seorang murid kepada setiap ulama yang ada temui. 10. Pendidikan yang terbaik ialah sesuatu yang dapat memperbaiki diri anda. 11. Seseorang itu dianggap mulia jika ia selalu menziarahi orang-orang yang berilmu. 12. Kejahilan adalah musuh anda yang palin

KECINTAAN RASULULLAH TERHADAP ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Rasulullah s.a.w sangat sayang kepada Ali bin Abi Talib r.a kerana pertama kalinya beliau adalah kanak-kanak yang pertama sekali memeluk Islam. Sebahagian sahabat mengatakan Saidina Ali r.a adalah orang lelaki pertama yang memeluk islam setelah isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah. Apatah lagi Ali bin Abi Talib r.a telah dibesarkan dan dididik oleh Rasulullah sendiri sejak kecil. Selepas Ali bin Abi Talib r.a memeluk Islam,Rasulullah s.a.w bertambah sayang kepada beliau disebabkan keimanan yang bulat kepada Allah s.w.t serta keberanian dan keikhlasannya untuk membela agama Allah dan Rasulnya. Bagi menunjukkan contoh yang terang bagaimana tingginya kasih sayang rasulullah terhadap Ali bin Abi Talib r.a ialah Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan puterinya yang paling disayangi iaitu Fatimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Talib. Dengan perkahwinan itu, kedudukan Abi bin Abi Talib r.a semakin mulia disisi sahabat dan kaum muslimin umumnya.

SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang tokoh Islam yang agung. Beliau memiliki akhlak yang teramat indah, selain daripada memiliki pelbagai jenis kemahiran dan kebijaksanaan. Beliau adalah seorang manusia yang mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang luarbiasa. Beliau terkenal sebagai seorang cendikiawan, seorang jurudakwah yang berkaliber, seorang hakim yang adil, dan seorang pahlawan yang sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Selain itu Beliau juga terkenal sebagai seorang Ahli Ilmu ( sarjana ), terutama dalam dalam bidang Fiqh ( Undang-undang ) Islam, Tafsir Al-Qur’an dan Ilmu Nahu.(*95) Ali bin Abi Talib r.a juga merupakan salah seorang daripada pahlwan-pahlawan Islam yang gagah dan berani dalam membela Agama Allah dan Rasulnya. Antara peperangan yang pernah disertai oleh beliau ialah perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak, Siffin dan Jamal. Di samping itu, Saidina Ali terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat . Ini merupakan kepandaian semulajadi bagi Sai

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ALI BIN TALIB R.A

Image
PENDIDIKAN Ali bin Abi Talib r.a dilahirkan tiga tahun sebelum Nabi Muhammad mengahwini Khadijah. Oleh kerana semua anak lelaki Nabi Muhammad s.a.w wafat, Fatimah binti Asad selaku ibu kepada Ali bin Abi Talib ingin meredakan kesedihan Rasululla s.aw telah menyerahkan beliau kepada baginda. Jesteru itu, selepas Nabi Muhammad mengahwini Khadijah, Ali bin Talib dianggap sebagai anak oleh Khadijah. Jadi, beliau telah diasuh, dibesarkan, dan dididik oleh baginda sendiri. Ali bin Abi Talib juga diambil oleh Rasulullah s.a.w daripada kedua-dua ibu bapanya bertujuan untuk meringankan beban Abu Talib bin Abd Al-Muttalib yang pada masa itu sedang menderita kesusahan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku mengambil orang yang Allah pilihkan untukku ke atas kamu semua iaitu Ali”. Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w umpama bintang petunjuk dan aku selalu mengikuti tingkah laku dan perbuatannya. Beliau terpaut kepada baginda umpama anak unta yang terpaut