Posts

Showing posts from September 21, 2009

KEPERIBADIAN ALI BIN ABI TALIB R.A

Image
Ali bin Abi Talib r.a adalah seorang khalifah yang sangat amanah dan adil. Beliau tidak memberikan layanan yang lebih terhadap anak-anaknya biarpun beliau menjadi ketua Negara. Beliau hidup sebagai rakyat biasa dalam keadaan susah dan miskin berbanding rakyatnya sendiri.Sebagai seorang khalifah, beliau sangat mengambil berat terhadap harta rakyat. Beliau mempunyai sifat sabar yang besar dalam dirinya. Dalam suatu kisah,tentang kehilangan baju perangnya yang diambil oleh seorang pemuda Nasrani. Dengan kesabarannya yang tinggi sehingga menyebabkan orang Nasrani itu memeluk Islam. Selain itu, Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam . Agama Islam juga melarang perbuatan suka berdendam. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang zuhud,suka hidup sederhana(tidak terpengaruh dengan kepada harta dan kemewahan hidup duniawi. Beliau merupakan salah seorang Ahli Mesyuarat bagi khalifah-khalifah Ar-Rasyidin. Di samping itu, Ali bin abi T

Jurai Keturunan Ali Bin Abi Talib- Khalifah ke-empat ( 4 )

Image
LATAR BELAKANG ALI BIN ABI TALIB R.A Nama sebenar Ali r.a ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul al-Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Lu’I bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaiymah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nazar bin Ma’ad bin Adnan. Ayah beliau bernama Abu Thalib(atau Abd Manaf) bin Abdul al- Muttalib (@ Syaibah al-Hamd) bin Hasyim (@ Amru) bin Abdul Manaf (@ al-Mughirah). Nama sebenarnya Abd Manaf tapi dikenali dengan nama Abi Talib, merupakan saudara kandung Abdullah bin Abdul al-Muttalib iaitu ayah Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, Nabi Muhamad s.a.w dan Ali r.a sama-sama berasal daripada satu tulang sulbi seorang datuk, Abdul Mutthalib bin Hasyim. Kedua-duanya termasuk dalam keluarga Bani Hasyim. Ayahanda Ali r.a adalah seorang pemimpin Quraisy yang sangat dihormati dan disegani oleh penduduk Mekah. Beliau mempunyai kekuatan sendiri yang sangat kuat sehingga mampu memikul beban membela Nabi Muhammad s.a.w daripada tenta

Akhir Hayat khalifah Umar Al-Khattab ( Khalifah Umar Di Bunuh )

Image
Khalifah Umar telah mati di bunuh oleh seorang hamba parsi bernama Abu Lu'Lu'ah. Abu Lu'Lu'ah ialah bekas tawanan perang Nihawand pada tahun 21 H dan menganut agama asalnya iaitu majusi. Beliau kemudiannya di beli oleh Al- Mughirah bin Syu'bah dan di jadikan sebagai hambanya. Pekerjaan Abu Lu'Lu'ah adalah bertukang (Tukang Besi) . Al-Mughirah di katakan telah mengenakan cukai kepada lu'lu'ah sebanyak 2 dirham untuk setahun...sedangkan 2 dirham untuk setahun bukanlah suatu yang membebankan kerana abu Lu'lu'ah mempunyai pekerjaan yang tetap sebagai tukang besi. khalifah umar meminta al-mughirah meringankan cukai itu ke atas lu'lu'ah. Sebelum tindakan di buat lu'lu'ah di katakan merancang untuk membunuh khalifah umar kerana tidak berpuas hati dengan sikap al-mughirah, Gabenor UMar al-khattab. Abu Lu'Lu'ah berkesempatan menikam khalifah umar al-khattab ketika hendak mengerjakan solat subuh di masjid madinah. akibat tik

kepimpinan dan peranan Umar al-khattab dalam perkembangan peradaban

Image
Pada dasarnya, program-program yang di lakukan oleh khalifah Umar bin Al-khattab adalah meneruskan apa yang pernah di rintis oleh abu bakar, khususnya dalam misi mengirim pasukan bagi menawan wilayah di luar arab. tawanan pertama di lancarkan ke atas ibu kota syiria , demaskus, ardan, hins dan berjaya pada tahun 653 M. setahun kemudian, selepas tentera Bizantine kalah dalam pertempuran yarmuk, seluruh daerah syiria di kuasai oleh pemerintahan islam. melalui syiria, mesir di tawan oleh tentera yang di pimpin oleh Amru Al-ash . Iraq pula berjaya di kuasai oleh tentera di bawah pimpinan saad bin abi waqqas. pada tahun 641 M, kedua-dua negeri ini rasmi masuk ke wilayah pemerintahan islam. Al-Qadisiyah, sebuah kota Hirah di iraq jatuh pada tahun 637 M. Dari kota ini , serangan di lancarkan ke kota parsi dan berjaya menguasai kota Al-Madain pada tahun itu juga. pada tahun 641 M, Mosul pula berjaya di kuasai. dengan demikian , wilayah kekuasaan islam meliputi seluruh semenanjung Arab, Palesti