Posts

Showing posts from September 12, 2009

perlantikan khalifah umar al-khattab

Image
Cara pemilihan Umar berbeza dengan Abu Bakar, Umar menjadi khalifah atas pelantikan khalifah sebelumnya. ketika Abu Bakar jatuh sakit selama 15 hari, selepas dua tahun menjalankan pemerintahannya, beliau meminta Umar Bin Al-khattab mengantikannya sebagai imam sembahyang. semakin hari, sakitnya semakin tenat. beliau khuatir berlaku pertelingkahan selepas beliau meninggal dunia sekiranya beliau tidak melantik pengganti. Abu Bakar Merasakan orang yang layak mengantikan tempatnya adalah Umar bin Al-Khattab. Abu bakar mengadakan mesyuarat tertutup dengan sebahagian sahabat. antara yang hadir adalah Abdul rahman Bin Auf dan Uthman Bin Affan daripada kaum Muhajirin dan Asid bin Khudair daripada kaum ansar. Abdul Rahman mengingatkan mengenai sikap Umar yang keras. Namun, Abu Bakar menyakinkan Abdul Rahman bahawa Umar akan bersikap lembut apabila memerintah. Pada dasarnya, semua sahabat setuju dengan pilihan Abu Bakar. selepas berbincang, Abu bakar meminta supaya berita itu tidak dihebahkan

Latar Belakang khalifah Umar bin aL-khaTtab (13-23 H/ 634-644 M)

Image
Nama lengkapnya Umar bin al-khattab bin nawfal daripada keturunan Bani Adi (Quraisy). pertalian keturunannya dengan Rasulullah s.a.w ialah pada ka'ab bin Lu'ayy iaitu moyang Abd Uzza. Umar dilahirkan di kota Makkah 13 tahun sesudah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w . semasa kecilnya beliau bekerja sebagai pengemba la kambing. setelah dewasa beliau membuka perniagaan sendiri dan berniaga ke Syam. Beliau bersifat berani dan tidak takut kepada celaan di dalam menegakkan sesuatu pekerjaan yang berfaedah . semasa menjadi khalifah beliau terkenal pula dengan sifat tawaduk dan ikhlas. beliau memeluk islam pada tahun ke-5 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. pada wakt u itu beliau berusia 33 tahun...

Kepimpinan Khulafa' al-rasyidin (632-661)

Image
tapak kaki Nabi Muhammad---(sumber-google) selepas Nabi Muhammad meninggal Dunia, beliau di gantikan oleh 4 orang sahabat paling rapat dengan beliau iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Mereka Kemudian Dikenali sebagai Khulafa' al-rasyiddin yang bermaksud para khalifah yang mendapat petunjuk daripada allah. perbandingan antara khalifah selepas Nabi muhammad dengan khalifah-khalifah yang lain, mereka masih konsisten menjaga apa yang pernah di tunjukkan oleh Nabi Muhammad. mereka mengekalkan perbuatan-perbuatan Nabi Muhammad sepanjang hayatnya sama ada dari segi akhlak, undang-undang termasuk dalam menjalankan pemerinatahan.