SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB R.A




Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang tokoh Islam yang agung. Beliau memiliki akhlak yang teramat indah, selain daripada memiliki pelbagai jenis kemahiran dan kebijaksanaan. Beliau adalah seorang manusia yang mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang luarbiasa. Beliau terkenal sebagai seorang cendikiawan, seorang jurudakwah yang berkaliber, seorang hakim yang adil, dan seorang pahlawan yang sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang.



Selain itu Beliau juga terkenal sebagai seorang Ahli Ilmu (sarjana), terutama dalam dalam bidang Fiqh (Undang-undang) Islam, Tafsir Al-Qur’an dan Ilmu Nahu.(*95) Ali bin Abi Talib r.a juga merupakan salah seorang daripada pahlwan-pahlawan Islam yang gagah dan berani dalam membela Agama Allah dan Rasulnya. Antara peperangan yang pernah disertai oleh beliau ialah perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak, Siffin dan Jamal.


Di samping itu, Saidina Ali terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat. Ini merupakan kepandaian semulajadi bagi Saidina Ali. Semenjak kecil lagi beliau telah pandai bersyair dan berpidato. Bahasanya baik, kemas, indah lagi tersusun. Jadi, tidak hairanlah Ali bin Abi Talib r.a muncul sebagai ahli pidato dan ahli sastera yang hebat selepas itu. Memandangkan kebijaksanaannya dalam berpidato itulah menyebabkan rasulullah selalu mengirimkannya ke beberapa wilayah sebagai jurudakwah. Rasulullah juga selalu memilih Ali bin Abi Talib dalam menjalankan tugas-tugas yang banyak memerlukan kesabaran dan keberanian. Daripada aspek tu, Ali bin Abi Talib dianggap paling terkemuka sekali di antara keempat-empat khalifah sebelumnya. Beliau juga menetapkan Tahun Hijrah bagi umat Islam.



Ali bin Abi Talib r.a pernah menjadi jurutulis kepada Rasulullah s.a.w. dalam perjanjian Hudaibiyah. Beliau juga telah tidur di tempat Rasulullah semasa kaum Quraisy membuat pengepungan di rumah Rasulullah s.a.w. Ali bin Abi Talib mempunyai hubungan yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. Ali bin Abi Talib juga telah menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w. beliau juga banyak meriwayatkan Hadis. Para sahabat sentiasa meminta nasihat dan panduan daripadanya dalam menjalani beberapa perkara.



Selain itu, tiga orang khalifah iaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Uthman r.a selalu meminta pendapat Ali bin Abi Talib bila sahaja mereka berdepan dengan kes yang sukar. Manakala Abu Bakar dan Umar menjadikan Ali r.a sebagai penasihat mereka.

Comments

  1. awak, thanks for the info.. saya tengah menyiapkan assignment tentang saidina Ali bin Abi Talib. this is soo helpful. terima kasih.. mintak izin ambil maklumat sedikit, eh.
    ;)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum awak... saya nak tnya.. apakah sumbangan Saidina Ali dalam menegakkan syiar islam..

    ReplyDelete
  3. salam... sory... mintk izin gna mklumt ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab