sifat-sifat Umar AL-Khattab

Umar Al-Khattab mahir dalam Ilmu Fikah dan seorang pemidato yang hebat. beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap . walaupun berada di tampuk kekuasaan , pencetus zaman keemasan negara islam ini, beliau hidup sederhana mencontohi Rasulullah.


sifat Jasmani :

puteranya Abdullah menyatakan :
"beliau lelaki yang putih kemerah-merahan,
tinggi,

botak,
beruban,

berbadan besar,
ketinggian beliau seakan-akan nampak seperti orang yang naik kenderaan,
beliau kidaL (menggunakan tangan kiri),
mempunyai suara yang kuat dan berwibawa....

sifat Rohami :


budi perkerti yang luhur, beliau kuat menjaga kebenaran, cerdas, bernas pendapatnya, berpegang teguh pada agama, mennaikan perintah nabi, kewibawaan yang hebat, berani menyatakan kebenaran, alim, hati yang mudah tersentuh dan terkesan dengan ayat AL-quran, adil,

syifa binti Abdullah memberikan penjelasan tentangnya :


" Demi Allah, apabila umar bercakap, maka perkataannya di dengari, apabila berjalan, jalannya cepat dan apabila memukul, pukulannya menyakitkan. Beliau adalah seorang ahli ibadah"


semasa jahiliyyah juga Umar al-khattab terkenal sebagai seorang keras hati dan kejam sehingga sanggup tanam anak perempuannya hidup-hidup. beliau bukan sahaja pernah menyakiti Rasulullah SAW malah suatu ketika berniat hendak membunuhnya..
tetapi selepas memeluk islam, hatinya yang keras itu digunaka
nnya bagi membela Rasulullah SAW dan islam. sifat berani dan kegagahannya di gunakan bagi menentang mereka yang memusuhi baginda sehingga mendapat gelaran AL-FARUQ yang bermaksud orang yang berani menyatakan kebenaran. beliau antara sahabat yang di jamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW...


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab