PuiSi KhaLifaH UmaR AL-KhaTTab




Dialah seorang sahabat Nabi
sebelum Islam,
menentang Nabi kuat sekali
selepas Islam,
menjadi seorang yang disegani.


Dialah Al-Faruq
pemisah antara hak dan batil
demi Islam yang agung.


Dialah seorang khalifah
kehidupannya sangatlah sederhana
rela berkorban demi rakyatnya.


Dialah Amirul Mukminin
memerintah dengan adil
dengan ketegasan yang menyedarkan...


Dialah seorang penakluk
yang banyak menguasai wilayah
demi Islam yang suci....


Dialah Umar Al-Khattab
dialah Khulafa ar-Rasyidin kedua
dialah pemimpin berjiwa hamba..........

Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab