kewibawaan Umar al-Khattab



Umar bin Al-Khattab berwibawa di kalangan lelaki mahupun perempuan sehinggakan syaitan pun takut kepadanya...

Rasulullah berkata kepadanya :

"demi zat yang jiwaku dalam genggamannya, apabila syaitan berjumpa dengan kamu (UMAR) di jalan yang kamu lalui, maka ia mencari jalan lain yang tidak kamu lalui "


muhammad bin saad bin abi waqas menceritakan daripada ayahnya . pada suatu masa, Umar bin Al-Khattab meminta izin bertemu Rasulullah. Ketika itu, perempuan-perempuan Quraisy berada di majlis beliau dan mereka bercakap dengan beliau dengan suara yang kuat. Aapabila umar bin al-khattab masuk ke majlis , mereka berdiri dan cepat-cepat menutup tirai langsir (hijab) . Kemudian Rasulullah mengizinkan Umar ikut serta majlis.....



selepas Umar masuk dan mengambil tempat duduk, Rasulullah tersenyum..Umar berkata : " semoga Allah memberikan kebaikan daripada senyummu, wahai Rasulullah" rasulullah berkata : " saya hairan pada wanita-wanita yang tadi berada di sini apabila mereka mendengar suara kamu mereka cepat-cepat menutup hijab ". kemudian Umar berkata : " Tuan lebih berhak di segani, wahai Rasulullah ". kemudian Umar berkata kepada wanita itu, : "wahai orang yang memusuhi nafsunya, apakah kamu malu kepada saya dan tidak malu kepada Rasulullah ? "...


semasa peristiwa hijrah ke madinah , orang islam berhijrah secara sembunyi-sembunyi kecuali Umar al-khattab. beliau datang dengan menghunus pedangnya. kemudian tawaf di kaabah lalu bersembahyang. kemudian beliau menuju ke arah orang Quraisy dengan gagah sambil berkata kepada mereka , "saya akan berhijrah " . sesiapa yang mahu meninggalkan ibunya, atau mahu anaknya menjadi yatim , atau mahu menjadikan isterinya janda, temui saya di belakang bukit ini...


tiada seorang Quraisy pun yang bergerak dan bercakap. kewibawaan Umar menyebabkan mereka terdiam . padahal jika mereka bersatu , mereka lebih kuat dari Umar al-khattab. Namun, kewibawaan Umar mengentarkan hati mereka...

Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab