KEPERIBADIAN ALI BIN ABI TALIB R.A


Ali bin Abi Talib r.a adalah seorang khalifah yang sangat amanah dan adil. Beliau tidak memberikan layanan yang lebih terhadap anak-anaknya biarpun beliau menjadi ketua Negara. Beliau hidup sebagai rakyat biasa dalam keadaan susah dan miskin berbanding rakyatnya sendiri.Sebagai seorang khalifah, beliau sangat mengambil berat terhadap harta rakyat. Beliau mempunyai sifat sabar yang besar dalam dirinya. Dalam suatu kisah,tentang kehilangan baju perangnya yang diambil oleh seorang pemuda Nasrani. Dengan kesabarannya yang tinggi sehingga menyebabkan orang Nasrani itu memeluk Islam.



Selain itu, Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam . Agama Islam juga melarang perbuatan suka berdendam. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang zuhud,suka hidup sederhana(tidak terpengaruh dengan kepada harta dan kemewahan hidup duniawi. Beliau merupakan salah seorang Ahli Mesyuarat bagi khalifah-khalifah Ar-Rasyidin.



Di samping itu, Ali bin abi Talib r.a juga mempunyai firasat yang benar (al-firasah al-sadiqah), kemuliaan (karamah) yang luar biasa, keutuhan dalam membantu Islam, keterdahuluan dalm keimanan, bersifat pengasih (syafaqa), merendah diri (tawadu’), lemah lembut dan berhemah tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Hum Ko Bulana

perlantikan khalifah umar al-khattab